JellyPages.com

30 December 2013

Bye 2013, Hello 2014 !

Hey dude, whats up?
haha..tgh keje, tgh makan, ke tgh tidur?
well, sebenarnya kan, aku agak excited nk hadap tahun baru, hidup baru, azam baru.
Actually, kita dalam bulan islam dah lama dah tahun baru :)

Bukan nak smbut ke apa. Tapi, aku cuma nak mengingati.
Setahun lagi berlalu.
Macam2 aku tempuh.
Pahit manis suka duka semua aku telan.

Rasanya baru je lepas 2012, tahu2 je nak habis dah 2013?
Masa semakin singkat, umur pun makin banyak.
Cuma kita lah, antara sedar diri ke tak, diri tu tua mana dah. huhu

2013...
Banyak pahit dari  manis
Banyak cabaran dari senangnya
Banyak loveless dari loveable
Tapi semua tu mendewasakan
Semua tu mematangkan
Sebab...tahun2 yg akan mendatang, lagi hebat sengsaranya.

Nak ikutkan hati, aku nak jadi budak2 lagi.
Tak ada masalah
tak payah mikir komitmen2 jadah haram semua ni
happy sentiasa
Tapi, lumrah dunia...lumrah manusia.
Dah tertulis...kita semakin berumur, bukan semakin kecik. haha

Tahun ni, antara pencapaian yg aku telah capai dengan jayanya:
-menambahkan berat badan
-mengembungkan pipi
-membulatkan bdan
-membanyakkan tidur
-dan buang duit dengan shopping yg extravaganza

haih..teruk.. idle time banyak.
paling teruk ialah menghabiskan masa dengan org yg tak reti menghargai. wasted.
so...jom AZAM baru jom.
2014!

haih, awkward nya nak taip 2014. selalu 2013.
haha.Azam baru cari lelaki kaya. huhu..gurau.
Azam baru nak kurgkan shopping, nk kumpul duit.
Beli aset sendiri.
inshaAllah..
Nak tanamkan motivasi pada diri, jadi lebih disiplin dalam solat.
Subuh selalu tinggal.
haha...
Lagi satu, nak jadi lebih baik dari dulu..

Memang bukan senang nak jadi BAIK,
tapi aku usaha nk jadi lebih baik.
Tak nak fikir pasal lelaki lagi.
tak nak..

Berkawan je lah ramai2.
Jodoh tak payah risau..Allah dah tentukan.
walaupun kita kena lah usaha jugak..aku tahu.
Tapi aku tak sedia.
Sebab aku rasa aku menyusahkan. haha

Ok, apa2 pun..pendek kan cerita..
Azam aku untuk 2014,
ialah..jeng jeng jeng...
Aku nak jadi lebih baik dari yg lepas..ameen..

Doakan..:)

Assalamualaikum 2014 ....


16 December 2013

Manusia Dan Topengnya...

Hey yaw, whats up. haha. 

Pada hari ni, saat ini anak2 didik ku sekalian, cikgu nak kongsi ilmu yg xberapa nk ilmu. haha. Al maklumlah dlu kecik2 nak jadi cikgu , dah besar xdpt kan. Tu la suruh belajar pandai2 tak nak. Tahunya main pondok2 je kan,. haha. padan muka kau . Dan sekarang banyak mengarut dari tukang karut. haha

Well, writing sambil buat kerja pun kadang2 boleh jgk. Sebab rindu..rindu nak cerita. Rindu sangat. Nak meletup rasa dah . So, skrg meletup dah, lepas rindu. haha. kurus dah. haha. Kaitan? Ok tipu je . haha..Aaaa.point apa nk luah ni kan?

Mcm ni,baru2 ni aku rasa ada yg xkena dengan diri aku. Tangan ni rasa gatal je. bukan nak dpat duit,tapi rasa nak lempang org. hahaha. Gila teruk kritikalnya keadaan aku. Dalam kritikal aku ni, aku rasa xselamat kalau aku jumpa sesiapa yg berkenaan dlm waktu sekarang ni. Mampus aku kejekan. Ganas x? Cukup ganas kan? haha

Entah la, aku pelik dengan manusia ni. Ceh, habis aku apa? Alien? haha. Bukan pelik tgk manusia. cuma pelik dengan hati mereka. Termasuk lah aku. Kadang2 kan  aku fikir, macam mana nak belajar hati org eak? mcm mana nak jaga hati org? Hati sendiri pon dah terbakar, sebab asyik panas je..hahahaha. Aku ada search jugak internet, kos apa yg aku kena amik, nak faham hati org ni. Tapi tak ada. Ternyata chapter ni amat2 susah. huh. Nasib baik SPM tak ada subjek ni, kalaui x cacat dah slip exam aku dengan fail.

Sakit kepala aku boleh tahan lagi, sakit hati ni ha. eyy. geram betul. Kadang tu aku tak faham, dulu kawan, kata sabahat. Susah aku, Senang pn aku. Muka aku ni mmg familiar lah dalam kamus kau. Tapi, lupa. lupa nama atau jasa. Lupa nilai atau sombong. haha. Tak dapat nk trace. Mana silap, mana salahnya. Kita dalam usia 20 an ni, bg aku bazirkan waktu2 indah mcm ni dengan kebencian amat2 lah satu pembaziran. Sekarang aku tak kisah lagi. Sayang Kawan Sahabat Percaya, semua tu dah terkorban. Kau cipta, Kau musnahkan. sekelip mata. 

Wahai kawan, tiap malam sebelum aku tutup mata, aku dah pun maafkan silap kau. Aku xada langsung simpan dendam apatah lagi sakit hati, Kerana bg aku, sahabat selamanya tetap sahabat. :). Tapi malang, Indahnya hilang sekelip mata...

07 November 2013

Between grateful and regretful.

Hello..hai..sawadikap kap kum kha...



What to write? Tak tahu la. Dari aku cakap dengan tiang, baik aku cakap dengan keyboard ni ha.
haha. k abaikan. Sekarang waktu kerja, tapi bos tak ada. Dan...sudah petang, so kepala dah pusing...Dan...itu Alasan.hahaha. Nak bercerita la dengan korg..nak merepek. Boleh? heyy...korang suka je kan...ayu2..mcm cakap sorg2 pon ada dah ni. haha.

Well, btw...entry aku kali ni, ada kena mengena dengan diri aku ,tak ada kaitan dengan yg mati atau pun bangla2 yg mana kat belakang rumah korg. haha. Aku dan org2 yg berkaitan je. Kepada bakal professor mahupun Usahawan jutawan, dengar lah ni. haha. puih puih.

Ni nak cerita, korang pernah dengar tak perkataan PELUANG? ya..memang..setiap org harus diberikan peluang . Peluang ke 2. Bagi aku kedua itu adalah yg akhir. Org kata la kan..hati kita ni sensitive, sekali pecah,mana kau nak beli lagi? Kedai perabot? Banyak cantik muka. haha. No, bukan hati point aku. Tapi life. Kerjaya dan Kehidupan. We grow up. Cuba kira berapa jauh kau dah melangkah, berapa duit kau habis dah beli kasut? haha. Bukan itu, cuma cuba kau fikir, sepanjang perjalanan kau, ada tak kau perhatikan sekeliling kau? Apa dan siapa yg masih ada dengan kau sampai sekrang?

Sedar tak sedar kan, ada yg datang, ada yg pergi. Ada yg baru , ada yg lama. Well, people changes, feelings too. Normal. We are human after all. Everything just change. Tapi ada lagi satu hal. Syukur kita ataupun nyesal kita kepada apa yg berubah. Haa..ni point gua ni. Kadang2 aku duk sorg2 , memerhati ataupun termenungkan mamat2 hensem yg lalu, sambil tu aku terfikir....aku yg sekarang ni lain betul dengan yg dulu. Bukan makin gemok maksud aku. Bukan fizikal. Tapi the way i am used to get a life now. Cerita dia sekarang, aku tak menyesal. Malah aku bersyukur. Allah tu bagi ujian mesti bersebab bro. Susah yg aku lalui dulu, sakit sebab kecewa apa semua, terubat ! Terubat dengan apa segala yg aku ada sekarang.

Dulu pernah give up, kena tipu, macam2...kena rompak semua ada. haha. Bila gagal dalam exam , aku menyesal. Aku mengeluh. Kenapa lah aku amek subjek ni, Kenapa la aku belajar kat sini, Kenapa kenapa kenapa. haha. Menyesal sebab yg macam2. haha. Sebab masa tu aku fikir takut kena marah je. Future aku xfikir langsung babe. Aku tahu enjoy je. Well, skrg pun, tp aku fikir la future sikit kan. sikit...haha

Haha..tu menyesal yg melibatkan education aku. But now alhamdulillah lah. Ha,itu menyesal aku sendiri. menyesal korg ? haha. Habis bab education,now jodoh pulak. haha. Aku x berani nak bahas isu ni.Tapi bakal2 usahawan muda sibuk je nak tahu. hahahaha. Jodoh pulak, nyesal tu tak akan jadi satu perkataan dalam kamus aku. Sebab? jodoh tu ketentuan Ilahi kan...bagi aku, jodoh aku tak sampai lagi. Jodoh ialah suami aku nanti, bukan bakal pakwe. puihhh. haaaa.... Aku percaya ketentuan Allah. insha Allah ada, dan minggu depan gua pergi kursus kahwin dah. Peh, semangat wa cakap lu....lai lai, jom kahwin.hahaha.

btw, bagi aku, couple sekarang ni, agak mengerikan. Cinta bagai nak rak. Habis duit dan air mata, Tapi disebabkan satu fikiran yg tak berapa nak matang dan serious, putus ditengah2 simpang highway. Haaa, ni baru penyesalan.Ehem, macam gua la kot. Aku tak ngata mana2 eaaaa...haha. Update status, sana sini. Heboh! lastnya, debu pun tak ada. hahaha. gelak je la.

Pendek kata, terpulang la pada masing2. Yang penting dalam penyesalan kita perlu ada sikit rasa syukur. Sebab Allah tak menguji seseorg itu diluar mampunya... Pasti ada hikmah punya lah. Kalau banyak sabar...istiqamah..mesti ada lah tu ganjarannya nanti. Ameen...

Assalamualaikum babe. wa cau dulu.




14 October 2013

KERJAYA DAN MASA DEPAN...

Assalamualaikum blogger..

wawwwww...lama sangat ni tak update. Jangan kata dah berhabuk, rasanya dah bersawang dah blog ni. Ingat tuannya dah lupa, tapi tidak. Pemalas rupanya. haha. k joke joke. So, dah setahun tak update,pe cerita sekarang ni bro? hee. Oleh kerana RAMAI sgt yg tanya, aku buat projek apa sekarang ni,ok la,ok..aku cerita. Nak buat press conference tak sempat. haha.
ok..macam ni..aku habis belajar tahun lepas..ya, June 2012. Tapi aku mcm ni ha..selama 3bulan...CAMNI HA...



Haha.. nak kekanan ke kiri ke tengah..satu je jawapan = BLUR.haha. nk ke mana , mana laluan yg betul. Nak bertanya,akk tak ada, abg pon sama. Ni la namanya sulung. Semua kena gerak fikir dan tanggung sendiri. Biasalah...so, gerak KL, cari rezeki di bandar org. Cari rumah sewa...sewa lah mana2. janji murah, janji selamat.Itu aku fikir, itu jugak aku dapat. Alhamdulillah...mengganggur 3 bulan, gerak KL dpt kerja. Tapi sakit...aku tak pernah sekali pun naik pengangkutan awam. Bas, Lrt, Monorail..apakah tu? macam mana nak naik. Aku belajar sendiri. Usaha. Sebab takkan nak tunggu kawan, kawan pun tgh busy sgt2 kerja. So, sesat, tapi redha ! Asal selamat, aku syukur.

Kerja pertama, aku  jadi Cashier. haha. Apa aku buat ni, cashier kat kampung aku pun melambak. Tapi aku positifkan balik. Tak apa lah...aku ni baru. Baru nak melangkah. Baru nak berjinak2. Janji halal, aku tak kisah. So, aku jalan kan tugas sebagai Cashier di TESCO. waawww..ramainya org, kejang kaki dok berdiri berjam2. Aku tak tahan. 3 hari aku try, aku blah. Gaji burn, tenaga sia-sia.

Kerja kedua, sepupu aku rekemenkan...katanya senang. Dekat dengan rumah.Jadi aku pn try. ya, mmg dekat. menarik ! Aku kerja as Debt collector. ala ala Along kutip hutang cmtu la..haha. k,aku try. collegue ajar aku, dok dial no.org2 sana sini mintak hutang... ya Allah, aku tak larat. Diaorg yg berhutang, aku yg kena tengking. Bapak ah. ok..seminggu,gua chow chin chau la kan.

Kerja ketiga, Telemarketing Executive...haha. yg ni gila sikit. k,kita cerita yg best dlu lah k. cerita dia cmni, kawan2 kat sini, sporting bak hang. sangat best. Dari sini la aku dapat kumpul ramai kawan hingga sekarang. Sombong tu jauh sekali la kan. Pendek kata aku mmg ramai buat kawan dekat marketing ni la. Ada yg x best nya. x bestnya...fon x boleh bawak masuk tempat kerja. Ai,gilake. Aku dah la social life pnye org. Network je k.  ok, yg tu mungkin boleh dimaafkan lagi. Sebenrnya aku ni buat sales. Tapi dalam fon la. Jual apa? ya,jual Insurance AIA. Tak best ! ni bukan kemahiran aku. Aku x de kemahiran convince org beli insurance ni. So aku tak hit target. Bila x hit, aku run la. haha. Sebab malu. Sedih semua ada, Dan lagi jauh tempat kerja ni. Dah tu balik malam plak tu. Tak selamat. k cukup SEBULAN , dapat gaji aku blah. Tanpa resign letter. Bos carik, aku diam. Janji duit masuk.

Keempat, aku dapat kerja as Admin kot. haha. yg ni lagi tragik ! tempat kerja jauh, k. tu satu. tak pe la kan. aku kerja gak. Sebulan pertama kerja aku okay,masuk bulan ke2 sampai ke 5, aku pening, sakit hati, stress semua ada. Pendek kata aku banyak makan hati la kat sini. Aku bukan stress dgn kerja, aku stress dengan akk yg xmatang sebagai senior aku. haha.Hampir setiap hari aku kena tengking, kena paksa buat OT dan kena buli. waw.dia bukan bos. mentang2 la aku comel dari dia, suka hati dia je buli2 aku. huh. Aku tak tahan. so, sku berhenti lepas bulan ke 5 kot. notis sebulan dengan alasan nak sambung belajar. Diaorg buat farewell, aku terharu.

Lepas kerja yg ke4 ni,aku penat je rasa.aku GIVE UP. so aku balik rumah. Aku tinggalkan rumah sewa tu. Aku tak sesuai hidup sini rasanya. So,aku duduk rumah...3bulan sampai habis raya... Then, mungkin Tuhan tu,bg ujian ada hikmah. Aku terbukak plak hati nk tnye kawan, rumah dia ada kosong x.aku nak sewa. Alhamdulillah, ada... Jadi, aku mulakan langkah kanan. Kl lagi. Main line BANGSAR.

Kelima, seminggu aku nganggur kt sini, aku dpt kerja. Kerani je. Tapi aku syukur. Mmg susah nak cari kerja sekarang. aku terima je apa ada. Tambang pergi balek pun seringgit je. DEKAT  Aku kerja, sampai la sebulan. Tapi kerja ni terlalu melampau syarat dia.kosong. medical claim apa semua tak de.So, aku buat keputusan, aku kena gerak. Aku tak boleh lama kat sini. BUANG MASA. Then, aku gerak dengan bismillah...

Ke6, dengan lafaz Bismillah, aku dapat kerja baru. Bangunan yg sama, Company yg lain as Account Executive. Aku selesa sini. Syarat , Tempat semua selesa. syukur syukur. Collegue sgt baik,sgt memahami. Waktu rehat yg sangat flexible. Kebajikan dijaga. Rasa dihargai sebagai pekerja disini. yeay. happy rasa hati. Ini final! aku akan bertahan. bertahan. :) Terima Kasih Tuhan...

Nak bina kerjaya lepas habis belajar bukan mudah.Mak ayah semua risau. Duit habis bukan seratus dua. Biasalah. Dunia. Semua duit. Kejam asal dpt duit. Inilah dunia kerjaya, xmacam dunia belajar. Kau akan merangkak dulu sebelum kau berlari.Kau kena tahan. Allah ada kalau kau fikir kau DOWN. family kau ada. Macam tu juga aku. sekian..

GOOD LUCK. !!!