JellyPages.com

14 October 2013

KERJAYA DAN MASA DEPAN...

Assalamualaikum blogger..

wawwwww...lama sangat ni tak update. Jangan kata dah berhabuk, rasanya dah bersawang dah blog ni. Ingat tuannya dah lupa, tapi tidak. Pemalas rupanya. haha. k joke joke. So, dah setahun tak update,pe cerita sekarang ni bro? hee. Oleh kerana RAMAI sgt yg tanya, aku buat projek apa sekarang ni,ok la,ok..aku cerita. Nak buat press conference tak sempat. haha.
ok..macam ni..aku habis belajar tahun lepas..ya, June 2012. Tapi aku mcm ni ha..selama 3bulan...CAMNI HA...



Haha.. nak kekanan ke kiri ke tengah..satu je jawapan = BLUR.haha. nk ke mana , mana laluan yg betul. Nak bertanya,akk tak ada, abg pon sama. Ni la namanya sulung. Semua kena gerak fikir dan tanggung sendiri. Biasalah...so, gerak KL, cari rezeki di bandar org. Cari rumah sewa...sewa lah mana2. janji murah, janji selamat.Itu aku fikir, itu jugak aku dapat. Alhamdulillah...mengganggur 3 bulan, gerak KL dpt kerja. Tapi sakit...aku tak pernah sekali pun naik pengangkutan awam. Bas, Lrt, Monorail..apakah tu? macam mana nak naik. Aku belajar sendiri. Usaha. Sebab takkan nak tunggu kawan, kawan pun tgh busy sgt2 kerja. So, sesat, tapi redha ! Asal selamat, aku syukur.

Kerja pertama, aku  jadi Cashier. haha. Apa aku buat ni, cashier kat kampung aku pun melambak. Tapi aku positifkan balik. Tak apa lah...aku ni baru. Baru nak melangkah. Baru nak berjinak2. Janji halal, aku tak kisah. So, aku jalan kan tugas sebagai Cashier di TESCO. waawww..ramainya org, kejang kaki dok berdiri berjam2. Aku tak tahan. 3 hari aku try, aku blah. Gaji burn, tenaga sia-sia.

Kerja kedua, sepupu aku rekemenkan...katanya senang. Dekat dengan rumah.Jadi aku pn try. ya, mmg dekat. menarik ! Aku kerja as Debt collector. ala ala Along kutip hutang cmtu la..haha. k,aku try. collegue ajar aku, dok dial no.org2 sana sini mintak hutang... ya Allah, aku tak larat. Diaorg yg berhutang, aku yg kena tengking. Bapak ah. ok..seminggu,gua chow chin chau la kan.

Kerja ketiga, Telemarketing Executive...haha. yg ni gila sikit. k,kita cerita yg best dlu lah k. cerita dia cmni, kawan2 kat sini, sporting bak hang. sangat best. Dari sini la aku dapat kumpul ramai kawan hingga sekarang. Sombong tu jauh sekali la kan. Pendek kata aku mmg ramai buat kawan dekat marketing ni la. Ada yg x best nya. x bestnya...fon x boleh bawak masuk tempat kerja. Ai,gilake. Aku dah la social life pnye org. Network je k.  ok, yg tu mungkin boleh dimaafkan lagi. Sebenrnya aku ni buat sales. Tapi dalam fon la. Jual apa? ya,jual Insurance AIA. Tak best ! ni bukan kemahiran aku. Aku x de kemahiran convince org beli insurance ni. So aku tak hit target. Bila x hit, aku run la. haha. Sebab malu. Sedih semua ada, Dan lagi jauh tempat kerja ni. Dah tu balik malam plak tu. Tak selamat. k cukup SEBULAN , dapat gaji aku blah. Tanpa resign letter. Bos carik, aku diam. Janji duit masuk.

Keempat, aku dapat kerja as Admin kot. haha. yg ni lagi tragik ! tempat kerja jauh, k. tu satu. tak pe la kan. aku kerja gak. Sebulan pertama kerja aku okay,masuk bulan ke2 sampai ke 5, aku pening, sakit hati, stress semua ada. Pendek kata aku banyak makan hati la kat sini. Aku bukan stress dgn kerja, aku stress dengan akk yg xmatang sebagai senior aku. haha.Hampir setiap hari aku kena tengking, kena paksa buat OT dan kena buli. waw.dia bukan bos. mentang2 la aku comel dari dia, suka hati dia je buli2 aku. huh. Aku tak tahan. so, sku berhenti lepas bulan ke 5 kot. notis sebulan dengan alasan nak sambung belajar. Diaorg buat farewell, aku terharu.

Lepas kerja yg ke4 ni,aku penat je rasa.aku GIVE UP. so aku balik rumah. Aku tinggalkan rumah sewa tu. Aku tak sesuai hidup sini rasanya. So,aku duduk rumah...3bulan sampai habis raya... Then, mungkin Tuhan tu,bg ujian ada hikmah. Aku terbukak plak hati nk tnye kawan, rumah dia ada kosong x.aku nak sewa. Alhamdulillah, ada... Jadi, aku mulakan langkah kanan. Kl lagi. Main line BANGSAR.

Kelima, seminggu aku nganggur kt sini, aku dpt kerja. Kerani je. Tapi aku syukur. Mmg susah nak cari kerja sekarang. aku terima je apa ada. Tambang pergi balek pun seringgit je. DEKAT  Aku kerja, sampai la sebulan. Tapi kerja ni terlalu melampau syarat dia.kosong. medical claim apa semua tak de.So, aku buat keputusan, aku kena gerak. Aku tak boleh lama kat sini. BUANG MASA. Then, aku gerak dengan bismillah...

Ke6, dengan lafaz Bismillah, aku dapat kerja baru. Bangunan yg sama, Company yg lain as Account Executive. Aku selesa sini. Syarat , Tempat semua selesa. syukur syukur. Collegue sgt baik,sgt memahami. Waktu rehat yg sangat flexible. Kebajikan dijaga. Rasa dihargai sebagai pekerja disini. yeay. happy rasa hati. Ini final! aku akan bertahan. bertahan. :) Terima Kasih Tuhan...

Nak bina kerjaya lepas habis belajar bukan mudah.Mak ayah semua risau. Duit habis bukan seratus dua. Biasalah. Dunia. Semua duit. Kejam asal dpt duit. Inilah dunia kerjaya, xmacam dunia belajar. Kau akan merangkak dulu sebelum kau berlari.Kau kena tahan. Allah ada kalau kau fikir kau DOWN. family kau ada. Macam tu juga aku. sekian..

GOOD LUCK. !!!

No comments:

Post a Comment